PENGERUSI – Pengetua/Guru Besar
|
GPK 1
|
1. Mempengerusikan mesyuarat.
|
1. Menjalankan tugas pengerusi semasa
ketiadaannya.
|
2. Memahami dasar dan matlamat program.
|
2. Membantu pengerusi menyelaras dan menilai program.
|
3. Memberi taklimat kepada guru dan ibu bapa.
|
3. Membantu pengerusi menjayakan program.
|
4. Memastikan pelaksanaannya berjalan lancar melalui penyeliaan, perjumpaan dengan guru, temubual murid / ibu bapa secara tidak formal dan laporan pelaksanaan.
|
4. Mengenalpasti masalah,kekuatan program NILAM dan mengambil tindakan susulan.
|
GPK HEM/KO-KU/PENYELIA PETANG.
|
GURU PERPUSTAKAAN.
|
1. Menjalankan tugas Pengerusi dan Naib pengerusi 1 semasa ketidaan mereka.
|
1. Membantu pihak sekolah membuat penggredan buku.
2. Mengagihkan buku pinjaman secara berkelompok. 3. Mengedar Buku Rekod membaca (BRM) yang disediakan oleh Persatuan Pusat Sumber Sekolah
4. Membantu setiausaha menganjurkan sebarang aktiviti untuk menyokong porgram NILAM.
|
WAKIL PIBG/BEKAS PELAJAR.
|
SETIAUSAHA (Guru PSS).
|
1. Menghadiri setiap mesyuarat J/Kuasa NILAM.
2. Menjadi pengantara untuk menyampaikan idea melalui aktiviti – aktiviti seperti : a. Ibu bapa membimbing dan menggalak anak-anak membaca. b. Menyediakan bahan bacaan berssesuaian di rumah. c. Mengalakkan anak-anak membuat pinjaman bahan bacaan dari sumber lain seperti Perpustakaan
Awam, Perpustakaan Desa, Perpustakaan Bergerak dan seumpamanya.
d. Memastikan anak-anak sentiasa mempunyai bahan untuk dibaca dan merekodkan bacaan. 3. Berusaha membantu pihak sekolah menjayakan Program ini melalui sumbangan kewangan. 4. PIBG berkhidmat sebagai agen kepada penglibatan institusi - institusi lain dalam menjayakan Program ini dari segi khidmat nasihat buku dan kewangan. |
1. Menyimpan rekod, minit mesyuarat dan surat - menyurat.
2. Menyelaras perjalanan mesyuarat dan hal – hal yang berkaitan. 3. Menyediakan laporan berkala dan laporan tahunan bertulis untuk dikemukan kepada Urusetia Negeri dan salinan kepada Pengerusi. 4. Menyediakan Pangkalan Data dan maklumat - maklumat yang berkaitan dengan Program. 5. Membuat analisis Program NILAM berdasarkan data terkumpul. 6. Memasukkan dan mengemaskini data dari masa ke semasa. 7. Menjadi urusetia untuk pemberian anugerah NILAM peringkat sekolah. 8. Menganjurkan aktiviti Porgram NILAM peringkat sekolah. |
KETUA BIDANG/KETUA PANITIA BAHASA.
|
GURU KELAS/GURU TINGKATAN.
|
1. Membantu pihak sekolah dalam pemilihan bahan bacaan untuk pelajar.
2. Merancang dan menyelaras aktiviti P&P yang boleh menjurus ke arah pembacaan berkualiti. 3. Membuat perancangan, anggaran perbelanjaan Program NILAM. 4. Menyelia pelaksanaan Program NILAM. |
1. Menyediakan sudut bacaan di kelas masing-masing.
2. Mendapatkan Buku Rekod Bacaan (BRM) NILAM daripada PSS dan mengedarkan kepada pelajar – pelajar. 3. Membuat pinjaman buku dari PSS dan mengedarkan. 4. Menyemak dan merekod data bacaan pelajar. 5. Menyimpan dan mengemaskini BRM NILAM pelajar. 6. Mengesah dan menandatangani BRM NILAM pelajar. 7. Memastikan Porgram NILAM berjalan mengikut perancangan. |
Sunday 11 March 2012
PERANAN AHLI JAWATANKUASA PROGRAM NILAM
CARA PELAKSANAAN PROGRAM NILAM
Ada dua perkara yang perlu dimaklumkan bila kita bercakap mengenai
trend membaca dalam kalangan murid-murid. Yang pertama ialah jenis buku
yang menjadi minat mereka. Dalam kajian yang dibuat oleh Bahagian
Perkembangan Kurikulum didapati murid-murid lebih suka membaca buku-buku
yang berkisar mengenai sesuatu yang ”hampir’ dengan mereka, sesuai
dengan usia dan persekitaran mereka. Selain dari buku-buku bukan fiksyen
yang berbentuk ilmiah, murid-murid lebih terarah untuk membaca
buku-buku yang berkaitan dengan remaja, hubungan dalam konteks usia
remaja, grafik yang menarik dengan teks yang mudah difahami.
Oleh itu, pihak pentadbir sekolah yang bertanggungjawab dalam urusan perolehan buku-buku perlulah mengambil kira faktor-faktor ini dalam usaha membina koleksi di Pusat Sumber Sekolah. Di pihak KPM, kita ada menyediakan Senarai Bahan Bacaan Pusat Sumber Sekolah bagi menjadi panduan kepada sekolah-sekolah dalam pembelian bahan-bahan bacaan di pusat sumber. Senarai ini merupakan senarai bahan bacaan yang dikemukakan oleh penerbit dan pembekal buku dan telah melalui proses penilaian. Langkah ini diambil bagi memastikan hanya bahan-bahan bacaan yang berkualiti saja yang boleh dibekalkan ke sekolah.
Perkara kedua yang membentuk trend membaca dalam kalangan murid-murid pula ialah bentuk buku yang dibaca. Trend dan minat murid-murid sekarang lebih terarah kepada sesuatu yang bersifat teknologi dan ICT. Kita melihat ini sebagai sesuatu yang positif dan Program NILAM juga sememangnya sentiasa ditambahbaik seiring dengan kemajuan teknologi sedia ada.
Dalam pelaksanaan Program NILAM kita meminta murid membaca sebanyak mungkin buku dan kemudian mencatatnya dalam Buku Rekod NILAM. Buku-buku yang dimaksudkan ialah buku-buku berbentuk fizikal yang dipinjam dari Pusat Sumber Sekolah, Perpustakaan Awam ataupun yang mereka beli sendiri. Seiring dengan kepesatan teknologi, Program NILAM juga menggalakkan mereka membaca buku-buku dalam bentuk digital yang boleh diperolehi dari Pusat Sumber Digital, e-book dan juga CD/DVD. Malah mereka juga boleh memuat turun bahan-bahan bacaan dari internet untuk mereka baca dan simpan sebagai koleksi peribadi mereka. Sekarang ini sudah ada teknologi di mana buku-buku berbentuk digital boleh ”membacakan” buku tersebut untuk kita dan boleh disimpan di dalam pemain muzik MP3 dan juga iPod. Dengan kepesatan teknologi yang semakin memudahkan kita di zaman ini, tidak ada alasan lagi sebenarnya untuk kita mengatakan bahawa kita tidak ada masa untuk membaca.

PEMILIHAN TOKOH NILAM KEBANGSAAN
Pemilihan Tokoh NILAM Kebangsaan dilakukan bersempena dengan Anugerah
NILAM Kebangsaan yang telah dilaksanakan sejak tahun 2003 hasil
keputusan mesyuarat Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat Membaca
Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun yang sama. Calon-calon dari 4
kategori iaitu calon Sekolah Rendah Luar Bandar, Sekolah Rendah Bandar,
Sekolah Menengah Luar Bandar dan Sekolah Menengah Bandar akan dinilai
untuk memilih pemenang mengikut kategori dan juga Tokoh NILAM Sekolah
Rendah serta Tokoh NILAM Sekolah Menengah di kalangan pemenang kategori
tersebut.
Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan merupakan pengiktirafan tertinggi KPM dalam usaha membina tabiat membaca dalam kalangan murid selaras dengan hasrat negara melahirkan masyarakat bermaklumat dan berpengetahuan menjelang 2020 apabila Malaysia menjadi sebuah negara maju.

STRATEGI KPM UNTUK MELIBATKAN PENYERTAAN PELAJAR
Walaupun cita-cita kita untuk mencapai penglibatan 100% murid masih
belum tercapai namun usaha-usaha giat dijalankan oleh rakan-rakan kita
dalam rangkaian BTP di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Pusat
Teknologi Pendidikan Bahagian dan juga Pusat Kegiatan Guru. Kita juga
mendapat kerjasama yang baik daripada semua rakan-rakan bahagian KPM
yang lain serta Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah
dalam merangka program-program galakan membaca. Sebagai contoh, kita
juga melaksanakan beberapa aktiviti sokongan bagi memantapkan lagi
Program NILAM ini. Antaranya ialah aktiviti Kem Membaca 1 Malaysia,
Khemah Membaca, Kem Penulis Muda, Jejak Maklumat, Pertandingan
Bercerita, Resensi Buku dan juga pameran-pameran buku yang juga mendapat
sokongan dari Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Perpustakaan
Negara Malaysia, Institut Terjemahan Negara Malaysia serta Dewan Bahasa
dan Pustaka serta rakan perkongsian pintar agensi luar seperti
Scholastic Malaysia, Microsoft Sdn. Bhd, Sasbadi Sdn. Bhd., RHB dan juga
dari IPTA serta IPTS.
Selain daripada itu, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti juga mengambil kira elemen pelaksanaan Program NILAM sewaktu pemantauan ke sekolah-sekolah. Secara tidak langsung ini menunjukkan penegasan KPM mengenai peri pentingnya program ini dilaksanakan dan pihak pentadbir sekolah perlu memberi kerjasama dan perhatian dalam merangka, mengurus, melaksana dan memantau program-program galakan membaca yang dirancang oleh Guru Perpustakaan & Media (GPM).

WAKTU PROGRAM NILAM DILAKSANAKAN
Program NILAM mengalakkan murid membaca di mana jua walaupun selepas
tamat waktu persekolahan. Walaubagaimanapun, satu masa membaca di Pusat
Sumber Sekolah atau di sudut bacaan kelas wajar dimuatkan dalam jadual
kelas terutamanya matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk
menjalankan aktiviti membaca.
Waktu lain juga boleh diperuntukkan untuk aktiviti PSS yang melibatkan pengajaran kemahiran membaca, contohnya aktiviti dalam Minggu Pusat Sumber Sekolah, Minggu Bahasa atau mata pelajaran lain.
Murid juga boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit semasa waktu perhimpunan mingguan untuk aktiviti membaca seperti Bicara Buku dan menulis ulasan buku.

TAHAP RAKAN PEMBACA
Tahap RAKAN PEMBACA (RP) mengutamakan aspek kepimpinan dalam aktiviti
membaca. Setelah membaca sejumlah 100 buah buku murid layak memasuki
tahap RP. Tahap ini memberi penekanan kepada kebolehan murid membimbing
dan menarik minat orang lain supaya suka membaca. Walau bagaimanapun
aktiviti Tahap JAUHARI masih diteruskan.
Pengiraan markah bagi aktiviti ini diberikan mengikut jumlah aktiviti atau sesi aktiviti (dan bukan jumlah bilangan pendengar, kecuali aktiviti meminjamkan buku) yang dijalankan mengikut kesesuaian umur murid seperti :
- Bercerita (1 sesi = 5 markah)
- Bicara Buku (1 sesi = 5 markah)
- Ulasan Buku (1 sesi = 5 markah)
- Meminjamkan buku (1buku x 5 peminjam = 5 markah)
• Murid pada tahap Rakan Pembaca ini diberikan pemarkahan usaha mereka mengikut Jadual Sistem Ganjaran RP :

Jumlah markah aktiviti
|
Pengiktirafan
|
100 – 199
|
Gangsa |
200– 299
|
Perak |
300 – 399
|
Emas |
400 ke atas | NILAM |
TAHAP PROGRAM NILAM
Program NILAM mempunyai dua tahap. Tahap pertama ialah untuk membina
kemahiran dan menanam minat membaca sehingga terbina satu tabiat. Tahap
ini dikenali sebagai JAUHARI. Tahap kedua pula membantu pencambahan
penggunaan bahan dalam gerakan membaca. Tahap ini dikenali sebagai RAKAN
PEMBACA (RP).
TAHAP JAUHARI
Tahap Jauhari menggalakkan murid menambah bilangan bacaan mereka dan ia dijalankan pada dua peringkat persekolahan :
a. Sekolah Rendah
Murid pada peringkat ini wajib membaca banyak buku sebaik sahaja mereka tahu membaca dan mula belajar (Pertengahan Tahun dalam Tahun Satu). Mereka perlu berusaha untuk mencapai tahap pembacaan seperti berikut :
b. Sekolah Menengah
Murid pada peringkat ini wajib membaca banyak buku apabila mereka mula belajar di Tingkatan Satu atau Peralihan. Mereka perlu berusaha untuk mencapai tahap pembacaan seperti berikut:

Jumlah Buku |
Pengiktirafan |
90 - 179
|
Gangsa |
180 - 269
|
Perak |
270 - 359
|
Emas |
360 ke atas
|
NILAM |
b. Sekolah Menengah
Murid pada peringkat ini wajib membaca banyak buku apabila mereka mula belajar di Tingkatan Satu atau Peralihan. Mereka perlu berusaha untuk mencapai tahap pembacaan seperti berikut:
Jumlah Buku | Pengiktirafan |
72 - 143
|
Gangsa |
144 - 215
|
Perak |
216 - 287
|
Emas |
288 ke atas
|
NILAM |
KOMPONEN PROGRAM NILAM
• Membaca dan merekod bahan bacaan
Murid perlu membaca buku yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka dan mencatat maklumat pengarang, judul, bilangan mukasurat, penerbit dan sinopsis atau peta minda tentang buku yang dibaca ke dalam buku rekod.
• Mengesahkan rekod dan mengumpul data
Tugas guru adalah untuk mengesahkan serta menandatangani rekod bacaan murid dan ia merupakan tanggungjawab semua guru di sekolah. Data rekod hendaklah dikumpulkan oleh guru kelas dan diserahkan kepada penyelaras Pusat Sumber Sekolah atau guru penyelaras NILAM untuk dianalisa dan direkodkan. Data pembacaan murid perlu dikumpulkan dan diserahkan kepada Pusat Kegiatan Guru di kawasan sekolah tersebut untuk dipanjangkan ke Pusat Sumber Pendidikan Negeri dan Bahagian Teknologi Pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia.
• Memberi Pengiktirafan dan Ganjaran
Sekolah dan semua peringkat Kementerian Pelajaran juga perlu memberi pengiktirafan dan ganjaran kepada murid yang telah banyak membaca dan berusaha mengisi rekod bacaan mereka mengikut sistem ganjaran dan pengiktirafan NILAM, misalnya dengan memberikan buku sebagai hadiah, sijil pengiktirafan NILAM atau dinyatakan bilangan buku yang sudah dibaca dalam rekod kemajuan murid dan sijil berhenti.

RASIONAL PROGRAM NILAM
Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang
mengamalkan budaya ilmu. Cara utama dalam membina budaya ilmu dalam
sesebuah masyarakat ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan.
Kementerian Pelajaran telah melaksanakan pelbagai program galakan
membaca di sekolah-sekolah. Walau bagaimanapun kesan daripada program
tersebut masih belum mencapai tahap yang dikehendaki. Dengan demikian
Kementerian Pelajaran perlu mencari pendekatan baru bagi melaksanakan
program galakan membaca yang lebih berkesan dan dapat dijalankan secara
berkesan.
PROGRAM NILAM
‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau
adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah
dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini
meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah
dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.
Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.

PENGENALAN
Program galakan membaca yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia adalah Program ‘Nadi Ilmu Amalan Membaca atau Program NILAM
yang telah mula dilaksanakan pada tahun 1999. Pelaksanaan Program NILAM
ini dimulakan hasil daripada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk
Gerakan Tabiat Membaca peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia pada
tahun 1998. Program ini dilaksanakan bermula dengan Tahun Satu bagi
sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan bagi sekolah menengah
dan rekod pembacaan murid-murid ini diteruskan sehingga mereka tamat
persekolahan.
Subscribe to:
Posts (Atom)